Aku bukan maksum. Ada kalanya perasaan sudah menguasai diri. Aku teringat satu kata-kata. Bila marah, cuba lihat wajah di cermin. Bagaimana rupa kita? Buruk dan memalukan, bukan? Terasa malu pada diri sendiri pula. Itulah..bila nafsu menguasai akal, kita ibarat haiwan (sebab haiwan tiada akal setaraf kita).
Jadi, azam tahun 2010 ini, aku mahu kawal diri agar lebih bersabar pada setiap masa. Bunyinya mudah..tapi belum tentu tercapai dalam masa setahun. Apa pun, aku percaya, tanpa persediaan dan ilmu yg cukup, takkan tercapai azamku yg bunyi-mudah-tapi-sukar ini.
Yang baik harus diraih. Tak gitu?

MyNiceProfile.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar