Senin, 10 Mei 2010

SABAR

Mudah utk menyebutnya tapi untuk mempraktiknya..tak semudah yg diucap. Hampir semua orang suka sifat sabar tapi sebilangan saja yg memiliki sifat ini. Sabar teruji bila rasa tercabar, marah, kecewa, sedih dan macam-macam lagi perasaan yg tidak enak di sanubari. Aku sendiri kagum dgn mereka yg termasuk golongan orang yg sabar. Bila sabar, ada tenang di wajah, nampak hebat di mata orang. Dan aku juga tidak terkecuali dari ingin memiliki sifat ini. Tapi mampukah aku?

Aku bukan maksum. Ada kalanya perasaan sudah menguasai diri. Aku teringat satu kata-kata. Bila marah, cuba lihat wajah di cermin. Bagaimana rupa kita? Buruk dan memalukan, bukan? Terasa malu pada diri sendiri pula. Itulah..bila nafsu menguasai akal, kita ibarat haiwan (sebab haiwan tiada akal setaraf kita).

Jadi, azam tahun 2010 ini, aku mahu kawal diri agar lebih bersabar pada setiap masa. Bunyinya mudah..tapi belum tentu tercapai dalam masa setahun. Apa pun, aku percaya, tanpa persediaan dan ilmu yg cukup, takkan tercapai azamku yg bunyi-mudah-tapi-sukar ini.
Yang baik harus diraih. Tak gitu?
Broken Heart Myspace Comments
MyNiceProfile.com

AMAN


Aku yg begini

Sudah penat menghitung hari

Hari ini aku mahu melalui hidup dgn AMAN

Tanpa harapan semalam

Biar aku tersenyum puas

Jangan ada setitik pun rasa bimbang

Lepaskan keluhan yg tertahan

Hati mahu AMAN

Di sini hanya ada aku dan Tuhan

Aku tinggalkan semua yang menjadikan aku seorang aku

Mahu mengenal makna AMAN

Bila berada dekat denganMu Tuhan